Mmg x pernah dan taknak pun terlintas kat fikiran mak abah takde macam mana.. Abah pergi awal sgt..
Aku jrg dpt balik umah..sbb stay melaka..dah kahwin..komitmen keje..plus masa tu PKP lak.. Last dpt lama sikit kat umah masa sblm announ pasal larangan rentas negeri..mls sgt nak balik masa tu, tp pikirkan company aku ni loghat kena gak keje dua team seminggu..tp bila sampai je melaka, still aku x gi keje pun sbb takut covid time preggy. Baik la aku stay je kota lama masa tu. Tp pikirkan husb keje on call pulak.
Masani..lansung x duga pun abah sakit apa2..kami adik beradik cuma tau abah ada diabetis tp ok lg..abah selalu lenguh kaki tangan..ingatkan faktor umur, so selalu lah abah mintak urut..tp sejak aku da kawen jrg abah mintak tlg urut..
Bila abis je larangan rentas negeri, aku pun balik kejap..abah still ok mcm biasa..kita pi mkn sarapan semua..kesian mak, tiap pagi mesti pegi sarapan ngn abah.. Sampai satu tahap mesti mak rasa kosong nanti..30taun sama2..
Abah ngan mak nak pi KL 17 Jun 2020 lepas lama duk pkp tak keluar negeri, sblm pegi mlm tu abah ckp dgn mak dia tak larat sgt..tp kuat jugak sbb masa ni last dia spend time dgn mak dia (nenek) tok dpt urut abah.. masa ni tiba2 abah down..mcm demam yg teruk..sampai pegi klinik masuk air..mujur aku kat melaka, boleh dtg tengok abah..
Esoknya tak jadi pi KL..sbb abah betul2 tak sihat.. Balik johor semula..
Sejak tu abah mula lemah sgt, mkn muntah..bangun pun tak larat, kena papah semua.. Aku takde, adik2 yg jaga..tp abah still pergi kerja, cuma tak pasti mcm mana abah buat keje..
Pergi check up GH sbb dah lama sgt lemah tp result 22hb July masa tu lama lg nak tau.. Jadi mak bawak pegi KPJ. Masani ada je la sedara mara yg bercakap kenapa pegi KPJ mahal bagai semua mcm byk nau duit. (Diorg tak tau pun keadaan abah teruk, GH amek masa lama)..kita kena ikhtihar lgpun panel mmg KPJ..
Bila check di KPJ, baru dpt detect saluran jantung abah tersumbat. So semua sekali air2 mmg tersangkut kat paru2 dia selamani. Sbb tu dia rasa sesak nafas.
Doktor suggest abah operated masuk belon (stand) mungkin.. Aku risau mulanya tp operated tu berjalan lancar, abah pun sedar.. Mak cakap siap lambai2 mak mcm happy da settle..tp sbnrnya belum settle lg.. Dia jd lemah semula sbb sebelah lagi tak settle..
Berapa hari abah duk KPJ, last2 doktor setup ambulan pergi IJN KL.. Masa ni aku dah mula sebak risau sgt sbb kes berat..jantung abah masih x baik.. Aku otw gerak pahang kelantan sbb mmg dah set utk bwk mil fil pegi jumpa besan..plus masa tu hal kerja skali..hati risau sgt, tp dpt doakan baik2 utk abah masa tu..
Balik je dr kelantan gegas ke IJN. Aku stay dgn adik2 ulang alik dr hotel bajet ke IJN support mak, tengok progress abah..last sblm operate aku jumpa abah..abah nampak lemah, mengantuk maybe doktor bagi ubat yg mengantuk..abah borak tanya madam king kat mana abah nak pegi..sblm ni pun abah nak pegi sbb nak borong brg steel..tp x kesampaian..abah kata adik2 jgn gaduh2..lepas tu abah dah letih nak baring sejuk dia kata..aku selimutkan..lepas tu abah suruh panggil mak..
Abah tak bole jauh dgn mak..walau sekejap bergilir melawat mesti abah sebut mak mana..?
Waktu lawatan pulak time covid ni, cuma bole masuk bergilir2 sorg2..jd patient mungkin rasa alone sgt..kesian abah..
Jumaat pagi 9am, 10 July 2020. Abah operate utk bypass.. Doktor kata sblm operate pun jantung abah lemah..tp kita kena juga buat.. Kalau tak makin teruk..
Masa ni kitorg x dpt nak melawat mcm biasa, sampai abah abis operated. Kita stay hotel tunggu..tidur terjaga2 risau..tiap kali terjaga baca yasin..harapkan yg terbaik..pukul 5lebih selesai operation..tapi abah belum sedar..
Esoknya pun Sabtu 11 july 2020, waktu melawat pertama doktor panggil semua waris abah masuk..Doktor inform, badan abah tak stabil..darah rendah dan tak berjalan baik dlm urat..dia kritikal..doktor bagi ubat yg kuat utk stabilkan..Abah sedar tp dia angkat tgn mungkin sakit..jd doktor pasangkan sarung kat tgn..sbbkan darah masih rendah dan tak stabil doktor tidurkan dia semula takut bdn dia tak bole tahan bila terjaga..
Ahad, 12 July 2020, PAGI.. hati aku taknak balik tapi aku kena kerja.. kitorg dtg melawat mcm biasa. Kat IcU masuk gilir2.. Masa giliran aku abah angkat tgn..misi kata dia da sedar tp misi tidurkan dia semula...itu kali terakhir aku nengok respon abah..aku ingatkan tu satu progress yg baik..sbb dia sedar bergerak..jd aku lega nak balik melaka kerja..berulang remind adik roger kalau ada apa2 aku gegas gerak IJN.
Jadi ptg tu aku gerak ke melaka, sampai melaka pukul magrib, dan solat. Keluar utk mkn pukul 8pm. Dah order menu semua hati masih risau. Sampai sudenly angah wasap!!
Angah kata dtg balik IJN..rush..sbb doktor dah bagtau ubat kuat dah tak boleh support abah lg..dan abah masih tak stabil kalau sedar..
Boleh bygkan situasi masa tu, aku cancel order makan td terus gerak ke IJN semula..tapi hati mmg meraung sangat sbb masa gerak balik melaka dr IJN siang tu line kanan ke arah KL jem teruk..so boleh imagine tak kalau aku gerak ke IJN time tu sampai mmg mcm2 bole jd..Tapi Allah dah atur semuanya, sikit lagi nak keluar tol simpang empat melaka, husb berhenti tepi jalan sbb angah call dia abah dah tak ada lagi..
Husb peluk dan kita pun menangis sama2..anak tak faham apa tercengang sorg..mmg mengejut abah pergi..
Jenazah dimandi & di kafan solat kat IJN..Mak bagitau aku gerak je ke KOTA TINGGI..sbb van bawak ke sana terus..kesian adik bongsu yaya, sbb dia start masuk asrama semula..sebab SOP dia tak dpt keluar & dilawat.. Jadi spnjg abah kat IJN adik x dpt tengok abah..dia ralat sgt..
Aku sampai kota, bawak adik balik umah atok sbb jenazah akan di bawak ke rumah atok..Aku emosi & letih & mengantuk..sbb dekat 2minggu dr pahang ke kelantan ke kl ke melaka ke kota tinggi..waktu ni sedih tp otak mati..aku tengok mak nanges tak benti..aku nak sedekah yassin tp bdn tak bole tahan..kena rehat..
Sampai esoknya, masa jenazah abah nak dibawa kebumi baru aku terasa sgt kehilangan..tp masih otak tak terima kenyataan..
Tahlil hari ke 3 baru aku rasa emosi sgt..dua hari solat kat bilik abah, nampak brg baju abah..aku da mula sedih sendiri teringat gelagat abah masa hidup..aku first period pun tanya abah..mmg aku bukan yg selalu dgn abah..tp aku yg pertama utk abah..permata hati aku tau..scroll balik gamba waktu nikah..sebak..
Semoga Arwah abah NASHARUDDIN BIN KIMIN ditempatkan dikalangan org beriman..along rindu nak tanya abah along cantik tak..abah balas along gemuk..😠tp along tau gurau..Alfatihah abah..
No comments:
Post a Comment