Wednesday, 15 February 2023

Part1- 2022 Journey Umrah

 Assalamualaikum,

Lama dah tak menulis. Sepanjang 2022 dan masuk ketahu baru 2023. Terlalu banyak perkara yang baik dan buruk. Starting 2022 Aisya Zara & Aisy Zayyad semakin membesar. Aisya sudah masuk 2tahun. Aisy kini darjah 1. 

Aku dengan suami pun makin menua. lebih meningkat usia makin mula menjauhkan diri dengan semua. Rasa letih dan malas join trend, tapi masih ambil tahu serba sedikit sebab anak2.

30Nov2022 - Mak bersara dari menjadi pendidik.


Kita join Team Tupperware since hujung 2021. Dapat kenal kawan baru. join event Tupperware. Staycation di Arte.


Live is normal untill, tiba2 mak ckp ready for UMRAH 19-30Dec2022. Ya Allah..hati risau takut. iya sbb diri ni tau masih jahil. Tapi bila dah makin hampir terasa bersyukur sangat Kau jemput aku ya Allah..Alhamdulillah..









Macam2 juga diduga pada mulanya, sbb matawang malaysia makin rendah. bayaran flight jadi mahal dan ada penambahan. Hujungnya kami dapat flight Thai airways. transit. 
MAS (KUL-BKK) 2Jam
tiba disana dan delay sehingga 3 jam
THAI AIRWAYS (BKK-JEDDAH) 8jam

Masa sblm bertolak lutut mmg dah ada problem (sebab bekerja). Perjalanan dr malaysia ke jeddah tu dianggarankan sehari setengah. pum pang itu ini..

Tiba di jeddah airport dalam pukul 2 pagi saudi waktu tu di malaysia 7pagi.

Bergerak lagi menaiki bas ke Taif. ambil masa sejam lebih juga. sampai ditaif sejuk nya 8darjah celcius. untuk pertama kali kita mmg tak pernah pergi tempat sejuk mahupun obersea haha. mmg bawa sweater biasa je. mmg sejuk sangat hingga ke tulang.

Stay di Hotel Rajan taif (katanya 3 bintang tapi kita rasa mcm 5 bintang)

sejuk masa ni 8°C (tapi tenang & nyaman)

Ada program ziarah Pasar Buah (tapi takde rezeki sbb masa ni diorg tgh upgrade, so da runtuh). Pergi ziarah Masjid Abdullah Abbas. Kesah dia masjid ni, Masjid Abdullah bin Abbas atau Masjid Ibnu Abbas merupakan peninggalan sejarah Islam di Thaif. Masjid ini dibina pada 592 Hijriah. Dinamakan sempena Ibnu Abbas karena lokasinya berdekatan makam Abdullah Bin Abbas. Sepupu dan sahabat Rasullulah saw.






Restoran Nasi Arab, ada kunafah sekali. 


Singgah juga di Kilang Ros, shopping sikit bauan raudhah ( masa ni kita tak tau lg bau raudhah seperti apa tapi tetap beli utk keluarga kat malaysia) bauan kijang tu. dan perfume2 vanilla. murah baru anggaran 12riyal-20riyal bersamaan RM15-24.


Bertolak ke Qairul Manazil utk miqat umrah pertama, masa ni 

gambar ihsan google tau (ni masjid Qairul Manazil)

Saya tak sempat ambil gambar sebab masa ni ntah kenapa tak terpikir pulak nak bergambar. 

Sampai di Makkah al mukaramah. Check in di Hotel Azka al safa (katanya 5bintang, tapi bagi sy lebih baik di Rajan hehe, yg ini sy boleh bagi 4 bintang)

ini Azka al safa dr google biasa la, 

Entah kenapa bila balik malaysia dah rehat2 baru la perasan mana ler gambar dan video? sy tak ambil dan tak terfikir nak bergamba sgt. fikir balik ada hikmahnya..sy fokus pada ibadah dan ketenangan bumi Haramain & Anbiya ni. Alhamdulillah maha suci ya Allah..

Pertama mata melihat kaabah, sayu hati. aku dah sampai..Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu..


Lepas dari solat misi mencari Albaik Mekah, tapi sekitar tu cuma ada kiosk je (set nuget dan air)

Hari ke2, miqat di Jiranah. Kasut hilang haha..Dugaan.. doa baik2 pinjam kasut terakhir.
petang ziarah lintas ke gunung2 gua2 dan pergi lalu dikawasan mina dan ke jabal rahmah.

Hari ke3, miqat di hudaibiyah, tapi sy tak miqat sebab sy berehat dihotel lutut dah teruk sgt. malamnya pulak diorg naik gua Hira, tapi sy tunggu di kaki gunung je. kedai mini situ. mmg berdoa byk supaya baik kaki semula.

Hari ke 4, semasa tu Jumaat kami gerak awal nak tahajud solat subuh dan terus stay utk solat jumaat. Masa ni la kali pertama kita orang pmpuan ni dpt buat solat jumaat berjemaah. pagi tu hujan lebat dari kawasan tingkat dua, kita nak berganjak ke kwsn depan kaabah. hujan rahmat, berdoa dalam hati sambil berlari cari pintu depan kaabah. tak silap masa ni ada artis tengah mandi hujan (Alif satar) hehe.

Hari terakhir, tawaf wada (tawaf selamat tinggal) masa ni takdapat la nak ambil gambar dan bersuka2 lagi. Hari ni paling sebak.. hari terakhir di tanah suci..hari terakhir melihat kaabah..hari terakhir tapi kami tak bole menyentuh kaabah lagi..tapi masa tawaf tu sekan ditarik ke tepi kaabah..tapi tetap tak boleh sentuh..sbb dlm larangan.

Dan kami bertolak ke madinah, tak naik train laju hehe. kita naik bas. tiba je kat Madinah dlm 5 ke 7 jam jugak la mcm hang pi balik kelantan dr jb. kebaih semua.

tapi bila sampai nikmatnya, madinah jauh lebih tenang dari mekah. sebabnya ada sesetengah travel agency dr lain2 negara mereka cuma untuk UMRAH sahaja. jadinya, Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. That all. diorang x pi ler madinah. Tapi kebanyakkan pakej mesti mekah madinah free taif. so madinah lebih tak crowded mcm mekah.

Tenang..sejuk sbb masa dec mmg bermula musim sejuk masa tu madinah 18c. Tiap pagi beli teh susu panas. hangat2 rasa. 

Cerita tentang raudhah pulak panjang, jadi kita pendekkan tekan link haha.

Raudhah - click sini untuk tau cerita (kisah yang tak boleh dilupakan)

bauan raudhah juga bukan seperti wangian tu. mungkin seakan2. tapi wangian tu tetap ada bau arab. pekat. (tapi bau raudhah sangatlah lembut, bila angin lalu seperti bauan lembut yang keluar dari bunga2) sangat tenang. Alhamdulillah sy dapat solat dan berdoa beberapa kali disitu. sy solat luar kawasan kelopak. tapi sy dpt masuk di kawasan kelopak sebentar. Bagi sy bilanya sampai je sana, dimana pun makbul. Allah maha mendengar tak kira mana pun.

Panjang lagi, tapi nanti sambung Part 2

















No comments:

Post a Comment

Part 2 - Journey UMRAH (Madinah)

 Part 2 selingan dari part 1, tak banyak sy ambil gambar. Entah kenapa sy pun pelik bila balik Malaysia tak banyak tempat sy bergambar. Insy...