Tuesday 23 May 2023

Part 2 - Journey UMRAH (Madinah)

 Part 2 selingan dari part 1, tak banyak sy ambil gambar. Entah kenapa sy pun pelik bila balik Malaysia tak banyak tempat sy bergambar. InsyaAllah jika diberikan kesempatan menunaikan umrah lagi, mungkin sy bersedia dr semua segi. Jangan tunggu sehingga duit banyak, bila kau bersedia Allah akan bantu. 

Okay serba sedikit perjalan dari Mekah ke Madinah mengambil masa lama jugak 8 jam. Madinah sangat indah, sejuk dan nyaman ketika ini. Tidak sepadat Kota Mekah.

Video Di Masjid Nabawi (Boleh click untuk tengok)

Didepan Masjid Nabawi semasa ni Subuh 17-18c

Subuh pertama di Madinah sy bersolat diluar perkarangan masjid, Sejuk. tapi ada karpet. Seronok juga tengok anak2 arab/pakistan main.

Dimekah kita cuma fokus utk ibadah umrah. Jadi kita decide utk beli sedikit brg utk family dekat Madinah. Berjalan sementara tunggu Asar.




carpet masjid nabawi ni, ada corak raudhah dan corak perkarangan masjid..ada dijual kat sana. tapi sbb kami cuma bole bawak bali 27kg je. so takde la beli sbb karpet ni tebal. bila tengok di shoppe pun ada yg menjual tapi harga jd mahal sedikit. 

Ni contoh sy beli di shoppe untuk hari guru. corak seakan carpet raudhah. tapi ni murah sebab printed mcm carpet velvet. kalau original karpet raudhah mcm karpet pakistan tu.






pagi2 kena secawan teh chai panas. nyaman rasa. Waktu ni rasa taknak balik Malaysia, nak menetap je kat sini haha..sebab tenangnya rasa mental dan jiwa. bila difikirkan semula jadual kat malaysia aduh..tapi apa kan daya, hidup mesti diteruskan..semoga ada kesempatan dtg lagi kesana.

Jemaah kami ramai dari Guru2 dan Pensyarah serta warga2 sekolah. Ni antara cikgu di sekolah Muar.

Kami menaiki bas sahaja. Ada dua bas dari travel agency kami, dan dua team jemaah. Kami panggil team Bas 1 dan 2 sahaja. Saya bas 1 bersama adik dan mak.

Dalam perjalanan ke Airport Jeddah tu, seorang jemaah warga emas dari bas 1 meninggal dunia. Bagi wakil agen dan mutawif mutawifah, ia satu ujian besar juga buat mereka. Jenazah dikafankan mengunakan kain ihram jemaah2 lelaki sementara teruskan perjalanan sehingga ke Jeddah. Kematian yg dimuliakan Allah, dan dicemburui. Alfatihah untuk arwah pakcik. 

2 comments:

  1. Thanks for being a mentor and guide through your insightful articles.

    ReplyDelete
  2. I appreciate the passion and dedication you bring to your craft as a content creator.

    ReplyDelete

Part 2 - Journey UMRAH (Madinah)

 Part 2 selingan dari part 1, tak banyak sy ambil gambar. Entah kenapa sy pun pelik bila balik Malaysia tak banyak tempat sy bergambar. Insy...