Tuesday, 29 August 2017

UPDATED 29/08/2017 - Anak makan jari kaki, tanda nak mintak adik??

Assalammualaikum,

Sebagai ibu bapa semestinya x pernah terlepas melihat macam-macam gaya, telatah dan ragam anak sepanjang membesar. Mama nak throw back semula kejadian lepas, Aisy dari awal seminggu dah boleh mengiring sendiri.. Sampai satu tahap tiba2 kepala dah kebawah kaki keatas, Tapi yang paling teruja mama tengok, Aisy lentur2 kaki sebab nak makan jari kaki sendiri.
Orang dewasa tengok kenapa senang nau dia nak lentur2kan kaki terus ke mulut haha.. Selalu try kat diri tak mampu haha, maklum lah dah berlipat.. Jadi, updated hari ni nak cerita apa tanda kalau baby/budak buat mcm ni??
Selalu kan kita dengar orang tua sembang cakap “Haaa, aisy nak mintak adik letu!” mak yg terdengar dari cuping telinga jauh sengeh2 mcm kerang busuk. Benda biasa ni, pernah dengar kan.. jangan tipu cakap tak tau!
"Orang tua-tua kata, bayi hisap jari kaki itu petanda bakal dapat adik"

Ini budak takde koje, (Mama tergelak besau bila pengasuh send gambar ni)

Gambau First : Anak ko lapau ni kot..haha
Gambau Second : Nak mintak adik kot!

Haha, kalau nak kata bakal dpat adik, dah byk kali dah kot dr baby aisy buat gini, blum ada rezeki jugak nak ber adik..hehe 

No comments:

Post a Comment