Throwback semula cerita semasa pregnancy masuk 5bulan. Masa ni still lagi ada benda yang mengidam, nak mkn tu makan ni. Tapi tak la susah nak di cari, paling tidak pun kerang rebus utk naik kan hb semula.
Tapi yang mengidam peliknya encik suami haha, bila tetiba mintak belangkas. What? kemain seksa lagi nak cari, nak masak pulak x pandai. Mujur la ada seorang akak yang berniaga lauk di Melaka. Mmg tiap2 hari akan list kan apa yang dia masak siap harga sebekas dan siap dihantar depan rumah. walawehhh.. kan senang zaman sekarang ni.
Saya pernah rasa belangkas masa kecil, rasa telurnya mmg lemak2. tapi bila pregnant jgn dok buat pasai nak sental banyak2 mkn, buatnya pening keneneng diri sendiri yang seksa. haha..
Bagi orang2 MELAKA yang x sempat atau maleh nau nau nak masak, hado plak yg teringin nak mkn pelbagai gulai tapi x reti nak masak, bole try call click link di atas ye.. ;)
Bukan Belangkas sahaja, ada siput sedut, masak asam pedas lada itam daging, mmg terbaik..!!
No comments:
Post a Comment