Thursday, 21 February 2013

I MISS MY CAT

Assalammualaikum, Hi reader, today story is...

Okay today i don't want to speak in English (kalau sedih mana boleh nak ckp bahasa inggeris, tak feel).

Masa tu hujan turun lebat sangat. Aku dan angah (adik kedua) baru selesai mengaji, dan kitorang pun macam biasa mengayuh basikal terus balik ke rumah. Nak tunggu hujan berenti lama sangat. Jadi kitorang ambil keputusan redah je hujan tu. Mengayuh la kitorang smpai kat lorong je tibe-tibe kitorang berhenti sbb macam terdengar suare anak kucing. Sampai tergolek basikal dalam longkang. Suare kucing tu halus je sbb tu kitorang terus pikir tu anak kucing. 

Tengok- tengok betul anak kucing, beliau tersangkut dlm longkang. Kesian badan beliau lencun. Aku angkat semula basikal bawa anak kucing tu balik. Aku cuma ada satu simpanan gambar anak kucing tu, tapi tu pun kelam sbb dulu pakai nfon lampu2 je. Aku bagi nama anak kucing tu Boyot. Sbb perut die buncit skit, mungkin lama dibiar,aku bawa dia ke klinik untuk injection.

 Aku belikan shampoo mandikan dan bagi Boyot makan. Bulu Boyot(jantan) mulanya warna hitam, tapi lepas di mandikan jadi warna grey pulak. Boyot aku jaga smpai dia besar sikit. Tiap2 hari bagun pagi aku bersihkan toilet. Boyot kucing yang pandai, beliau kucing terbiar tapi buang air dlm toilet. Tiap2 hari aku sediakan makan boyot, tengok tv ngn boyot. Tiap2 pagi jugak aku lepaskan boyot keluar rumah. Bila waktu makan aku jerit je nama boyot dia berlari balik rumah. Tapi satu hari tu, waktu pagi aku lepaskan boyot, kereta langgar dia. Mungkin sebab waktu subuh yang gelap, kereta tu x nampak ape yang di langgarnya. Aku meraung depan rumah, syg teramat sangat dengan boyot. Tapi boyot dah tak da lagi. 

Kalau dia masih ada skrg mungkin boyot dah tua atau pun dah mati sbb tua. Mungkin dia ada penganti dan dah beranak pinak. 



Kalau beliau masih ada mesti begini rupanya. serupe sangat. :'(



2 comments:

  1. assalamualaikum ... saya suka kucing dan sentiasa dikelilingi kucing . Bila kucing tu hilang n mati , mmg sedih ... sbb tu saya nekad bila dah berkeluarga nanti , saya x nak bela kucing .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, me too! i love so much cat. actually semua haiwan yg x merbahaya ni patut di kasihi. and kucing haiwan kesayangan nabi right. ;)

      Delete