Monday, 31 August 2020

Journey of Pregnancy Aisyah Zara

Assalammualaikum,

5tahun kita tunggu saat aisy ada adik lagi, akhirnya Allah izinkan.

Permulaan mengandung Adik sgt tak sama mcm abg, mual teruk. Makan semua tak selera kena mkn berat berulam pelam. Perut selalu berasid muntah2 sampai lembik. Mujur dah start kerja ofis, tak lagi duduk di caisher.

Saat dah abis je fasa mual, trismeter kedua pulak kena kencing kotor dan gdm od. Penuh dugaan aku rasa masani. Tp masih lg mild dugaan yg Allah beri pd tiap hadiah ni.

Berterusan Check BSP setiap minggu. Sampai jd seronok.


Due 6/9/2020 sepatutnya mama melahirkan Aisyah.


Tapi apa kan daya Dak Aisyah nak keluar awal.


GL sepatutnya buat 12hari before delivered, jd kelam kabut sbb terawal. Siapa sangka...


Mula lokasi yg dipilih sama mcm abg dia, Hospital Daerah Kota Tinggi, Johor. 


19/8/2020 - Masih lagi bekerja macam biasa, tapi hari tu mmg berbeza sgt, perut selalu sgt krem mcm contraction. Tp hati fikir mungkin disebabkan kencing kotor. Jadi kita biar. Sbb aisyah gerak. Sampai betul2 mengeras tak bole bwk bincang punya. Terus ke KK sg udang yg masa tu mmg paling terdekat.


KK sg udang hantar dgn ambulan ke Hospital Besar Melaka sbb dikatakan tu contraction kecil walaupun sampai je sana baru 1cm. Tak ada apa lg. Ketuban atau darah takde.


Masuk LR, mmg suasana tegang sgt kat situ. Pesakit (ibu mengandung yg dah ada bukaan) semua duduk di kerusi menunggu dgn tegang. Mungkin sakit atau letih duduk tak tentu dr hari bila.


Sama mcm mama, duduk di kerusi koridor. Mujur dpt kerusi yg bole buka jd tilam. Dapat berehat sekejap. Walaupun sakit dengan takde wad.


Seluk jangan kata, lebih 10 kali sehingga trauma. 


Selalu baca feedback pasal Hospital Besar Melaka. Dan finally alami sendiri. Terlalu ramai sampaikan doktor pun stress. LR dah mcm pasar malam. Keluar masuk pesakit. Yg dah sudah bersalin takde wad baring di katil lepas operate tu. Mcm kat bawah ni. Tepi koridor lg.


Sedangkan aku ada GL dan tak tanya2.


Dengan tube kencing yg kena dua tiga kali. Kemahin sakit lg.


Hari kedua, dapat balik kota tinggi. Lega nya rasa mama.


Tapi dugaan lagi, adik kena kuning pulak sbbkan dua tiga hari x berurut susu kurang.


Masuk Hospital Kota tinggi pulak, dari 25hb. Kesakitan mama tak abis kat situ k. Nurse kota check jahitan dari melaka teruk sgt. Isi keluar dan boleh jd gangrane. Bahaya. Jadi bukak la sekali lg dan jahit lagi. Tuhan je yang tau mcm mana sakitnya dijahit lagi sekali. Takpe utk kebaikan akan datang. Jadi pelan2 la kita berjalan, mcm baru lepas bersalin semula padahalnya sepatutnya seminggu dah baik jahitan kering. Tapi sbbkan kesalahan hospital melaka yg teruk. 


Journey adik pulak, dari kuning 16 naik ke 18 turun ke 17.1 dan turun ke 14.6.. Tapi utk adik doktor nak 13 baru dpt discharged. Dan akhirnya 12.6 adik discharged. Check up berterusan sampai la bawah 10.


Tapi Alhamdulillah susu mama ada byk lepas berurut. Syukur. Mama dpt pam utk adik sihat. Mmg dah niat nak bagi zara susu bdn selagi mampu.


Arwah abah x sempat tengok zara, tp abah selalu ada dlm hati kami semua.

Tuesday, 11 August 2020

Rindu 😭

 Assalammualaikum,

Nak dekat sebulan abah pergi, bukan aku seorang yg kuat.. Ada masa sbnrnya aku menangis sendiri..Rindu, sejak kahwin aku x dekat dgn abah. Tp aku yg selalu dgr luahan abah dlu. Dah lama sgt sbnrnya.. Abah tak pernah pun nak tunjuk cara betul syg anak2..kita selalu nampak dia mcm tak ambil peduli dgn cara kg..tp sbnrnya dia yg paling peduli..

Seminggu terakhir aku kuat nak ckp abah jgn pergi..sbb abah kena tengok cucu2 abah..protect along lg..aku dpt cium abah & borak..tp tak semua yg kita borak sbb abah dah letih..

Kita marah sgt, tak bole nak terima lansung..terlampau benci kat semua yg jual produk2 overclaim..abah cuma nak sihat..tp korang tipu dia..

Aku benci aku tak blaja betul2, aku benci bila pikir aku tak byk duit utk support mak abah..sampai akhir pun abah mak jugak yg bg kami..yg bantu kami..kesian abah..

Along harap abah ditempatkan dikalangan orang beriman..abah tenang mudah kat sana..abah terpilih untuk ke syurga..Along syg abah..



Saturday, 18 July 2020

Alfatihah abah 12/7/2020

Assalammualaikum..

Mmg x pernah dan taknak pun terlintas kat fikiran mak abah takde macam mana.. Abah pergi awal sgt..

Aku jrg dpt balik umah..sbb stay melaka..dah kahwin..komitmen keje..plus masa tu PKP lak.. Last dpt lama sikit kat umah masa sblm announ pasal larangan rentas negeri..mls sgt nak balik masa tu, tp pikirkan company aku ni loghat kena gak keje dua team seminggu..tp bila sampai je melaka, still aku x gi keje pun sbb takut covid time preggy. Baik la aku stay je kota lama masa tu. Tp pikirkan husb keje on call pulak.

Masani..lansung x duga pun abah sakit apa2..kami adik beradik cuma tau abah ada diabetis tp ok lg..abah selalu lenguh kaki tangan..ingatkan faktor umur, so selalu lah abah mintak urut..tp sejak aku da kawen jrg abah mintak tlg urut..

Bila abis je larangan rentas negeri, aku pun balik kejap..abah still ok mcm biasa..kita pi mkn sarapan semua..kesian mak, tiap pagi mesti pegi sarapan ngn abah.. Sampai satu tahap mesti mak rasa kosong nanti..30taun sama2..

Abah ngan mak nak pi KL 17 Jun 2020 lepas lama duk pkp tak keluar negeri, sblm pegi mlm tu abah ckp dgn mak dia tak larat sgt..tp kuat jugak sbb masa ni last dia spend time dgn mak dia (nenek) tok dpt urut abah.. masa ni tiba2 abah down..mcm demam yg teruk..sampai pegi klinik masuk air..mujur aku kat melaka, boleh dtg tengok abah..

Esoknya tak jadi pi KL..sbb abah betul2 tak sihat.. Balik johor semula..

Sejak tu abah mula lemah sgt, mkn muntah..bangun pun tak larat, kena papah semua.. Aku takde, adik2 yg jaga..tp abah still pergi kerja, cuma tak pasti mcm mana abah buat keje..

Pergi check up GH sbb dah lama sgt lemah tp result 22hb July masa tu lama lg nak tau.. Jadi mak bawak pegi KPJ. Masani ada je la sedara mara yg bercakap kenapa pegi KPJ mahal bagai semua mcm byk nau duit. (Diorg tak tau pun keadaan abah teruk, GH amek masa lama)..kita kena ikhtihar lgpun panel mmg KPJ..

Bila check di KPJ, baru dpt detect saluran jantung abah tersumbat. So semua sekali air2 mmg tersangkut kat paru2 dia selamani. Sbb tu dia rasa sesak nafas.

Doktor suggest abah operated masuk belon (stand) mungkin.. Aku risau mulanya tp operated tu berjalan lancar, abah pun sedar.. Mak cakap siap lambai2 mak mcm happy da settle..tp sbnrnya belum settle lg.. Dia jd lemah semula sbb sebelah lagi tak settle..

Berapa hari abah duk KPJ, last2 doktor setup ambulan pergi IJN KL.. Masa ni aku dah mula sebak risau sgt sbb kes berat..jantung abah masih x baik.. Aku otw gerak pahang kelantan sbb mmg dah set utk bwk mil fil pegi jumpa besan..plus masa tu hal kerja skali..hati risau sgt, tp dpt doakan baik2 utk abah masa tu..

Balik je dr kelantan gegas ke IJN. Aku stay dgn adik2 ulang alik dr hotel bajet ke IJN support mak, tengok progress abah..last sblm operate aku jumpa abah..abah nampak lemah, mengantuk maybe doktor bagi ubat yg mengantuk..abah borak tanya madam king kat mana abah nak pegi..sblm ni pun abah nak pegi sbb nak borong brg steel..tp x kesampaian..abah kata adik2 jgn gaduh2..lepas tu abah dah letih nak baring sejuk dia kata..aku selimutkan..lepas tu abah suruh panggil mak..

Abah tak bole jauh dgn mak..walau sekejap bergilir melawat mesti abah sebut mak mana..?

Waktu lawatan pulak time covid ni, cuma bole masuk bergilir2 sorg2..jd patient mungkin rasa alone sgt..kesian abah..

Jumaat pagi 9am, 10 July 2020. Abah operate utk bypass.. Doktor kata sblm operate pun jantung abah lemah..tp kita kena juga buat.. Kalau tak makin teruk..

Masa ni kitorg x dpt nak melawat mcm biasa, sampai abah abis operated. Kita stay hotel tunggu..tidur terjaga2 risau..tiap kali terjaga baca yasin..harapkan yg terbaik..pukul 5lebih selesai operation..tapi abah belum sedar..

Esoknya pun Sabtu 11 july 2020, waktu melawat pertama doktor panggil semua waris abah masuk..Doktor inform, badan abah tak stabil..darah rendah dan tak berjalan baik dlm urat..dia kritikal..doktor bagi ubat yg kuat utk stabilkan..Abah sedar tp dia angkat tgn mungkin sakit..jd doktor pasangkan sarung kat tgn..sbbkan darah masih rendah dan tak stabil doktor tidurkan dia semula takut bdn dia tak bole tahan bila terjaga..

Ahad, 12 July 2020, PAGI.. hati aku taknak balik tapi aku kena kerja.. kitorg dtg melawat mcm biasa. Kat IcU masuk gilir2.. Masa giliran aku abah angkat tgn..misi kata dia da sedar tp misi tidurkan dia semula...itu kali terakhir aku nengok respon abah..aku ingatkan tu satu progress yg baik..sbb dia sedar bergerak..jd aku lega nak balik melaka kerja..berulang remind adik roger kalau ada apa2 aku gegas gerak IJN.

Jadi ptg tu aku gerak ke melaka, sampai melaka pukul magrib, dan solat. Keluar utk mkn pukul 8pm. Dah order menu semua hati masih risau. Sampai sudenly angah wasap!!


Angah kata dtg balik IJN..rush..sbb doktor dah bagtau ubat kuat dah tak boleh support abah lg..dan abah masih tak stabil kalau sedar..

Boleh bygkan situasi masa tu, aku cancel order makan td terus gerak ke IJN semula..tapi hati mmg meraung sangat sbb masa gerak balik melaka dr IJN siang tu line kanan ke arah KL jem teruk..so boleh imagine tak kalau aku gerak ke IJN time tu sampai mmg mcm2 bole jd..Tapi Allah dah atur semuanya, sikit lagi nak keluar tol simpang empat melaka, husb berhenti tepi jalan sbb angah call dia abah dah tak ada lagi..

Husb peluk dan kita pun menangis sama2..anak tak faham apa tercengang sorg..mmg mengejut abah pergi..

Jenazah dimandi & di kafan solat kat IJN..Mak bagitau aku gerak je ke KOTA TINGGI..sbb van bawak ke sana terus..kesian adik bongsu yaya, sbb dia start masuk asrama semula..sebab SOP dia tak dpt keluar & dilawat.. Jadi spnjg abah kat IJN adik x dpt tengok abah..dia ralat sgt..

Aku sampai kota, bawak adik balik umah atok sbb jenazah akan di bawak ke rumah atok..Aku emosi & letih & mengantuk..sbb dekat 2minggu dr pahang ke kelantan ke kl ke melaka ke kota tinggi..waktu ni sedih tp otak mati..aku tengok mak nanges tak benti..aku nak sedekah yassin tp bdn tak bole tahan..kena rehat..

Sampai esoknya, masa jenazah abah nak dibawa kebumi baru aku terasa sgt kehilangan..tp masih otak tak terima kenyataan..

Tahlil hari ke 3 baru aku rasa emosi sgt..dua hari solat kat bilik abah, nampak brg baju abah..aku da mula sedih sendiri teringat gelagat abah masa hidup..aku first period pun tanya abah..mmg aku bukan yg selalu dgn abah..tp aku yg pertama utk abah..permata hati aku tau..scroll balik gamba waktu nikah..sebak..

Semoga Arwah abah NASHARUDDIN BIN KIMIN ditempatkan dikalangan org beriman..along rindu nak tanya abah along cantik tak..abah balas along gemuk..😭 tp along tau gurau..Alfatihah abah..


Thursday, 28 May 2020

2020 Covid 19 Ramadhan Raya & Newborn

Assalammualaikum,

Blog last baru nak started 2020, tak sangka ujian untuk seluruh dunia & malaysia. Kita semua di uji dengan wabak Covid 19. Bermula di china terus ke negara2 lain sampai la ke malaysia.

Mulanya Company dah decide utk team building & bonus trip tiap department sebabkan capai target sales utk tahun 2019. Mumme dept catering ke PD, & Trading ke Hardrock Desaru (yg ni of course mumme dapat follow sbb husband yiha!)

Sekali plan ambil cuti utk balik kota tinggi lama sikit umah mak. Plan before PKP. Masa ni dah ada ura2 kata sorg patient suspek covid China dr Singapore lari dr hospital. Aduhh..

Esoknya HQ keluar memo, team building dibatalkan sebab apa saja event berkumpulan tidak dibenarkan. Tapi still kita gerak jugak ke kota esoknya sbb belum ada RMO keluar.

Otw kat highways masuk kulai baru berita kat Radio inform start RMO. okay kita dah selamat sampai kota. stay seminggu. lepas seminggu Bos kata kena naik kerja follow jadual sbb yg kait ngn oil n gas kena kerja.

Pagi2 kita gerak dengan surat dari company. Bye mak abah huwaaaa... sbb lepas gerak ke melaka last la jumpa family kat kota.. sampai la skrg dah PKP ke 4.. Ramadan & Raya kat Melaka Dua kali berturut.

Ohh! Dapat tau ada permata hati kedua masa tahun ni, Bayangkan melayan morning sickness time2 PKP. Tak boleh bau masakan tp kena masak kalau tak tak makan. muntah saja. Harap sgt dpt berpantang dgn mak kat kota.

Tapi seronok sgt lepas 5tahun menunggu Alhamdulillah.. Unboxing Napkin Holabebe.. lembut.. suggest beli ni utk ibu2 baru. Best sgt.


Tuesday, 31 December 2019

2020 Happy New year

Hai Assalammualaikum..

Selamat Tahun baru 2020 semua.. Maintain lagi berblogging, still update okay.

Tahun 2020 ni maybe agak busy sikit sebab Aisy dah sekolah tadika yeah!

Tahun 2019 adalah tahun yg agak sengsara juga, mcm2 dugaan berlaku. tp kita belajar dr pengalamaan.. Banyak dugaan dlm alam pekerjaan.. Tapi bagi aku, selagi kita menjalankan amanah dlm bekerja, telus cukup.

Cuma agak pahit bila dlm satu organisasi cuma tahu me jatuhkan sesama kita je, kerja management masih begitu mundur.

Tapi pada umur 30an ni.. ok yes aku dah 3 series.. agak susah nak terima untuk kita startup semula job baru (interviews berterusan) letih.. nak tak nak kena juga hadap dan sabar.

Btw, stop la bad story utk 2019.

Best moments 2019, bila for the 1st time my husbie suprise kan aku dgn cincin mcm nak melamar pulak.. (masa bercinta takdenya haha) & rasa happy dapat celebrated birthday aisy utk 4tahun ni 4time..girang nau dia, hari2 birthday aisy katanya haha..

Kita bagi can dia happy celebrate byk, taun 2020 nak sekolah belum tentu lg mama papa bole sambut birthday aisy.. (and ya anak kami masih seorg) insyaAllah rezeki anak yang lain menanti tahun baru ni..

Baby 2020 insyaAllah..

2 Jan 2020 - Aisy school first day. excited mama.

Aisy sekolah Taski Abim je. Kenal sekolah, kenal buku, mengaji, & english.


Friday, 7 June 2019

Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H

Assalammualaikum, 

Ai lama lg tak updated, sbb tak ada pun new story utk di shared. Ai alls semua sibuk bekerja sampaikan masuk bln ramadhan Alhamdulillah, dan selesai berpuasa selama sebulan. Bekerja yg sama setiap hari buatkan kita tak perasan masa berlalu dgn pantas, terkdg terasa takde life. 

Berulang2 schedule yg sama setiap hari, bukan la target career ai yg sebenar. Tapi apakan daya, hanya mampu redha dan syukur juga kehadrat Illahi. Dgn kehidupan dizaman skrg ni mmg wajib gigih bekerja tak kisah bukan karier idaman. Asalkan cukup makan dan pakai sudah memadai. 

Pejam celik bulan yg mulia pun berakhir, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin untuk semua.

Dari kami keluarga kecil, dan masih lg 3beranak. Aisy dah 4tahun. 




Friday, 4 January 2019

Small Vacation 2019

Assalammualaikum, Mama updated.

Untuk org yg struggle hidup ni kena siapkan plan schedule dlu before buat something. So this time kita plan dari bulan 8/2018 haha.. Yass lama.

Awal tahun mama papa bg reward to ourselves. Bagi released tension after bekerja setahun dan mcm2 peel org, bangun jatuh kami.

Kita discuss two place Avani Sepang & Grand Lexis. Last decide lepas pikir punya pikir, calculated semua, Grand Lexis Port Dickson.

Okay, hati debau je sblm bertolak sbb harap expectations tu sama mcm gambar google. cz kita first time booking ala2 gini. biasanya hotel normal je. Ini pun maybe sekali seumur hidup. yee..sbb kita bukan ada2.  😌

Jadi selesai ambil cuti, khamis kami bertolak & sampai.  masyaAllah not bad.. mmg tenang dan cantik interior dalamannya.

katil yg kualiti setanding harga

bahagian depan, bilik atas laut jadi ada glass utk aisy menung perati laut bawah

laluan dr kitchen ke bathroom

Area pool indoor

Abaikan yg agak bersepah haha, ini area kitchen

pemandangan luar jln yg sama mcm avani juga

luar bilik

basikal RM10 caj, tp kita tak sempat jln sbb dah terlena. 

pool outdoor

ada buggy car yg bole dtg ambil hantar kita

Btw cafe tak sempat ambil, tak terpikir pulak nak snap haha sedap mkanan dia. ada byk side. rambang mata. 

Mlm kitorg mkn ikan bakar area medan. Tapi seriously tak boleh lagi fight Melaka punya Ikan bakar.. (Tekak dah biasa mkn ikan bakar dgn nasi lemak) 😌💕

Jd itu la sahaja pengalaman kami kat sini. Yg korg akan rasa hak alaa tu bila tengok laut PD kahkah.. come on kan ni malaysia weh.  bukan maldives 😂

boleh tengok. dr biru ke coklat keladak.. yg tengah tu mama rasa pantai cenang kot kahkah.  sbb tu pulau2 je cantik. sume sampah sarap terdampar kat tepi laut. gituee.  Korang toksah ler buang sampah merata kat laut.  Itu pasal laut kita huduh x mcm obersi. Pastu korang rasa yg miskin dan sderhana mcm kami ni. mampu ke nak pegi obersi. So jaga ler. laut kita. Nanti time anak cucu laut jd mcm. black water mr clon. haihh.  



Part 2 - Journey UMRAH (Madinah)

 Part 2 selingan dari part 1, tak banyak sy ambil gambar. Entah kenapa sy pun pelik bila balik Malaysia tak banyak tempat sy bergambar. Insy...