Tuesday, 23 May 2023

Part 2 - Journey UMRAH (Madinah)

 Part 2 selingan dari part 1, tak banyak sy ambil gambar. Entah kenapa sy pun pelik bila balik Malaysia tak banyak tempat sy bergambar. InsyaAllah jika diberikan kesempatan menunaikan umrah lagi, mungkin sy bersedia dr semua segi. Jangan tunggu sehingga duit banyak, bila kau bersedia Allah akan bantu. 

Okay serba sedikit perjalan dari Mekah ke Madinah mengambil masa lama jugak 8 jam. Madinah sangat indah, sejuk dan nyaman ketika ini. Tidak sepadat Kota Mekah.

Video Di Masjid Nabawi (Boleh click untuk tengok)

Didepan Masjid Nabawi semasa ni Subuh 17-18c

Subuh pertama di Madinah sy bersolat diluar perkarangan masjid, Sejuk. tapi ada karpet. Seronok juga tengok anak2 arab/pakistan main.

Dimekah kita cuma fokus utk ibadah umrah. Jadi kita decide utk beli sedikit brg utk family dekat Madinah. Berjalan sementara tunggu Asar.




carpet masjid nabawi ni, ada corak raudhah dan corak perkarangan masjid..ada dijual kat sana. tapi sbb kami cuma bole bawak bali 27kg je. so takde la beli sbb karpet ni tebal. bila tengok di shoppe pun ada yg menjual tapi harga jd mahal sedikit. 

Ni contoh sy beli di shoppe untuk hari guru. corak seakan carpet raudhah. tapi ni murah sebab printed mcm carpet velvet. kalau original karpet raudhah mcm karpet pakistan tu.






pagi2 kena secawan teh chai panas. nyaman rasa. Waktu ni rasa taknak balik Malaysia, nak menetap je kat sini haha..sebab tenangnya rasa mental dan jiwa. bila difikirkan semula jadual kat malaysia aduh..tapi apa kan daya, hidup mesti diteruskan..semoga ada kesempatan dtg lagi kesana.

Jemaah kami ramai dari Guru2 dan Pensyarah serta warga2 sekolah. Ni antara cikgu di sekolah Muar.

Kami menaiki bas sahaja. Ada dua bas dari travel agency kami, dan dua team jemaah. Kami panggil team Bas 1 dan 2 sahaja. Saya bas 1 bersama adik dan mak.

Dalam perjalanan ke Airport Jeddah tu, seorang jemaah warga emas dari bas 1 meninggal dunia. Bagi wakil agen dan mutawif mutawifah, ia satu ujian besar juga buat mereka. Jenazah dikafankan mengunakan kain ihram jemaah2 lelaki sementara teruskan perjalanan sehingga ke Jeddah. Kematian yg dimuliakan Allah, dan dicemburui. Alfatihah untuk arwah pakcik. 

Wednesday, 15 February 2023

Part1- 2022 Journey Umrah

 Assalamualaikum,

Lama dah tak menulis. Sepanjang 2022 dan masuk ketahu baru 2023. Terlalu banyak perkara yang baik dan buruk. Starting 2022 Aisya Zara & Aisy Zayyad semakin membesar. Aisya sudah masuk 2tahun. Aisy kini darjah 1. 

Aku dengan suami pun makin menua. lebih meningkat usia makin mula menjauhkan diri dengan semua. Rasa letih dan malas join trend, tapi masih ambil tahu serba sedikit sebab anak2.

30Nov2022 - Mak bersara dari menjadi pendidik.


Kita join Team Tupperware since hujung 2021. Dapat kenal kawan baru. join event Tupperware. Staycation di Arte.


Live is normal untill, tiba2 mak ckp ready for UMRAH 19-30Dec2022. Ya Allah..hati risau takut. iya sbb diri ni tau masih jahil. Tapi bila dah makin hampir terasa bersyukur sangat Kau jemput aku ya Allah..Alhamdulillah..









Macam2 juga diduga pada mulanya, sbb matawang malaysia makin rendah. bayaran flight jadi mahal dan ada penambahan. Hujungnya kami dapat flight Thai airways. transit. 
MAS (KUL-BKK) 2Jam
tiba disana dan delay sehingga 3 jam
THAI AIRWAYS (BKK-JEDDAH) 8jam

Masa sblm bertolak lutut mmg dah ada problem (sebab bekerja). Perjalanan dr malaysia ke jeddah tu dianggarankan sehari setengah. pum pang itu ini..

Tiba di jeddah airport dalam pukul 2 pagi saudi waktu tu di malaysia 7pagi.

Bergerak lagi menaiki bas ke Taif. ambil masa sejam lebih juga. sampai ditaif sejuk nya 8darjah celcius. untuk pertama kali kita mmg tak pernah pergi tempat sejuk mahupun obersea haha. mmg bawa sweater biasa je. mmg sejuk sangat hingga ke tulang.

Stay di Hotel Rajan taif (katanya 3 bintang tapi kita rasa mcm 5 bintang)

sejuk masa ni 8°C (tapi tenang & nyaman)

Ada program ziarah Pasar Buah (tapi takde rezeki sbb masa ni diorg tgh upgrade, so da runtuh). Pergi ziarah Masjid Abdullah Abbas. Kesah dia masjid ni, Masjid Abdullah bin Abbas atau Masjid Ibnu Abbas merupakan peninggalan sejarah Islam di Thaif. Masjid ini dibina pada 592 Hijriah. Dinamakan sempena Ibnu Abbas karena lokasinya berdekatan makam Abdullah Bin Abbas. Sepupu dan sahabat Rasullulah saw.






Restoran Nasi Arab, ada kunafah sekali. 


Singgah juga di Kilang Ros, shopping sikit bauan raudhah ( masa ni kita tak tau lg bau raudhah seperti apa tapi tetap beli utk keluarga kat malaysia) bauan kijang tu. dan perfume2 vanilla. murah baru anggaran 12riyal-20riyal bersamaan RM15-24.


Bertolak ke Qairul Manazil utk miqat umrah pertama, masa ni 

gambar ihsan google tau (ni masjid Qairul Manazil)

Saya tak sempat ambil gambar sebab masa ni ntah kenapa tak terpikir pulak nak bergambar. 

Sampai di Makkah al mukaramah. Check in di Hotel Azka al safa (katanya 5bintang, tapi bagi sy lebih baik di Rajan hehe, yg ini sy boleh bagi 4 bintang)

ini Azka al safa dr google biasa la, 

Entah kenapa bila balik malaysia dah rehat2 baru la perasan mana ler gambar dan video? sy tak ambil dan tak terfikir nak bergamba sgt. fikir balik ada hikmahnya..sy fokus pada ibadah dan ketenangan bumi Haramain & Anbiya ni. Alhamdulillah maha suci ya Allah..

Pertama mata melihat kaabah, sayu hati. aku dah sampai..Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu..


Lepas dari solat misi mencari Albaik Mekah, tapi sekitar tu cuma ada kiosk je (set nuget dan air)

Hari ke2, miqat di Jiranah. Kasut hilang haha..Dugaan.. doa baik2 pinjam kasut terakhir.
petang ziarah lintas ke gunung2 gua2 dan pergi lalu dikawasan mina dan ke jabal rahmah.

Hari ke3, miqat di hudaibiyah, tapi sy tak miqat sebab sy berehat dihotel lutut dah teruk sgt. malamnya pulak diorg naik gua Hira, tapi sy tunggu di kaki gunung je. kedai mini situ. mmg berdoa byk supaya baik kaki semula.

Hari ke 4, semasa tu Jumaat kami gerak awal nak tahajud solat subuh dan terus stay utk solat jumaat. Masa ni la kali pertama kita orang pmpuan ni dpt buat solat jumaat berjemaah. pagi tu hujan lebat dari kawasan tingkat dua, kita nak berganjak ke kwsn depan kaabah. hujan rahmat, berdoa dalam hati sambil berlari cari pintu depan kaabah. tak silap masa ni ada artis tengah mandi hujan (Alif satar) hehe.

Hari terakhir, tawaf wada (tawaf selamat tinggal) masa ni takdapat la nak ambil gambar dan bersuka2 lagi. Hari ni paling sebak.. hari terakhir di tanah suci..hari terakhir melihat kaabah..hari terakhir tapi kami tak bole menyentuh kaabah lagi..tapi masa tawaf tu sekan ditarik ke tepi kaabah..tapi tetap tak boleh sentuh..sbb dlm larangan.

Dan kami bertolak ke madinah, tak naik train laju hehe. kita naik bas. tiba je kat Madinah dlm 5 ke 7 jam jugak la mcm hang pi balik kelantan dr jb. kebaih semua.

tapi bila sampai nikmatnya, madinah jauh lebih tenang dari mekah. sebabnya ada sesetengah travel agency dr lain2 negara mereka cuma untuk UMRAH sahaja. jadinya, Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. That all. diorang x pi ler madinah. Tapi kebanyakkan pakej mesti mekah madinah free taif. so madinah lebih tak crowded mcm mekah.

Tenang..sejuk sbb masa dec mmg bermula musim sejuk masa tu madinah 18c. Tiap pagi beli teh susu panas. hangat2 rasa. 

Cerita tentang raudhah pulak panjang, jadi kita pendekkan tekan link haha.

Raudhah - click sini untuk tau cerita (kisah yang tak boleh dilupakan)

bauan raudhah juga bukan seperti wangian tu. mungkin seakan2. tapi wangian tu tetap ada bau arab. pekat. (tapi bau raudhah sangatlah lembut, bila angin lalu seperti bauan lembut yang keluar dari bunga2) sangat tenang. Alhamdulillah sy dapat solat dan berdoa beberapa kali disitu. sy solat luar kawasan kelopak. tapi sy dpt masuk di kawasan kelopak sebentar. Bagi sy bilanya sampai je sana, dimana pun makbul. Allah maha mendengar tak kira mana pun.

Panjang lagi, tapi nanti sambung Part 2

















Tuesday, 1 June 2021

Journey Zara : 9month Explore

 Assalammualaikum, 

My daughter, semoga adik kekal bijak mengikut perkembangan umur. And yes! Alhamdulillah doa ni mama selalu sebut dr start adik embrio lagi.

So insyaAllah zara terus maintain pekembangan dia ikut umur. 

Skrg Adik dah 9month, Gigi masih tak ada. 24/5 suntikan vaksin MMR dos 1. Masih menyusu mama. Tapi dah bercampur dengan formula Dutch lady sejak susu mama drop. Kalau ada mama bagi, bila tidur still direct. Sedih kenangkan ada ke tak sebenarnya susu ni? Atau cuma aisyah nak ngempeng bau mama.

Tak pe adik, selagi ada mama bagi. Kira mama berjaya la juga capai tahap DIPLOMA IN BREASTFEEDING. Ikutkan lagi 4month je tinggal nak capai degree, tapi tak kesampaian. Tak pa, Allah kata rezeki adik ada sikit ni habiskan.

Adik dah start makan bubur kasar, nasi lembab bersup. Sayur & protein potong halus2 tp tak blend. Nurse kata gusi adik dah kuat, tp dia tak tumbuh gigi lg je plus adik tak berapa nak tinggi.

So sekarang 1jun 2021 start lockdown semula, mama harap terus WFH. Bole handle bagi adik makan dengan teratur. Dan tidur yg lena utk adik tinggi. Maybe adik tak dapat lena bila dekat rumah pengasuh (budak terlampau ramai bising & mulut abang yg x benti bercakap). Kalau kat rumah adik tidur dlm bilik mama bole handle abg punya hyper.😆

So adik dah pandai sebut TATA! lambai babai, paut kerusi almari. Tolak pintu bilik. Dah boleh faham katil tu tinggi, so dia takut nak turun. Dia menjerit sampai org dtg amek dia hahaha..bijak!

                   
                 Ini Adik, cheeky 9m
                                                                         


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

 Assalamualaikum, hey hai..

SHRAMZB Mei 2021 @ syawal 1442H yg still lagi dalam musim pendemik. Semakin banyak ke angka 7k. Beraya la kita tak dapat rentas daerah & negeri untuk kali kedua. 

Ikutkan dah 3 taun lah turn kita di carry forward. Tahun lepas arwah abah ada lagi, tahun ni arwah abah dah tak ada. Tapi Alhamdulillah dpt kesempatan ziarah kubur abah masa bulan puasa. Rindu abah.

Jadi kita beraya di melaka dengan in law family lagi.Tapi raya kalini tak heaven sgt sbb tak bole bergerak pun. Tak boleh rentas daerah. jadi awal2 mil fil mmg dah stay rumah adik. Kita satu daerah. So boleh la dpt makan juadah raya mil buat. Family x ramai. So dlm 9 dewasa je tak padat. Lain budak. Lepas mkn balik terus. Haha tak rasa apa2.😆

Tak cukup, ada family angah tapi xdapat rentas negeri tahun ni.

So before pegi jumpa family, kita bergamba depan rumah dulu.



Sekian utk raya tahun 2021.

Eh!

Ada lagi, naik kerja kita buat sikit potluck

Rendang Ayam, Sayur Jawa,kuah kacang etc






Sunday, 24 January 2021

PKP 2.0 : Aisy school 6year

2021, kami fikirkan covid beransur hilang. Tapi kes jadi makin bertambah banyak.

Abang start semula sekolah JAIM 6tahun.

Mcm biasa, sbb dulu sekolah celam celom je. Ni kira first day semula. Mmg meraung la kat grill cikgu.


Ni muka masa awal2..

Lepas tu sampai sekolah finish haha.

Mujur la sekejap je. Abang2..






Journey Zara : Development

Assalammualaikum, 

My daughter, semoga adik kekal bijak mengikut perkembangan umur. And yes! Alhamdulillah doa ni mama selalu sebut dr start adik embrio lagi.

So insyaAllah zara terus maintain pekembangan dia ikut umur. 

Masuk 1month je, kembung perut hilang dan mudah berry.

2month je dia dah nampak org sengeh je bila agah. 

3month, straight tiba2 pusing badan meniarap.

Good Job Zara!

4month mula gelak mengekek. Capai barang.

5month now, zara mula angkat punggung dan badan.




Cepat je masa berlalu, mama trauma hospital melaka tak habis lg. Zara dah besar.

Hope you jodoh dengan baby before covid ya.

Kalau tak everyday throwback pasal sejarah covid je. Haha

Saturday, 5 December 2020

Journey Zara : Jaundice

 Assalammualaikum, lepas je selesai dugaan kat hospital besar melaka. Hari kedua balik kota tinggi. Stay berpantang sampai hari ke lima.

Adik dah start kuning, mata tepi naik kuning. Lambat berurut susu bdn baru keluar banyak. Tp tak sempat adik nak minum byk sbb kerap tidur. Baby jaundice dia akan lesu dan mudah tidur.

Nurse datang, check terus suruh pi check up kat KK..Allah mama da risau, jgn la kuning tinggi. Tp diduga lagi rupanya kuning adik 16. Kalau kat kwsan daerag kecil mmg diorg akan warded jugak walaupun 16 tu bole repair lg kat umah je.

So start la sesi warded, mujur mama pun bole jaga baby siap katil sekali. Bilik jaundice sejuk mcm peti ais. Kita pulak x dpt nak mkn jamu2, dgn ingredient pantang yg panas2 sbbkan anak kuning.

Yg tak pandainya ini la first time anak kena kuning. Abg Aisy sblm ni sihat walafiat je. Lain anak lain peelnya.

Hari pertama warded, just mama & adik je. Mula okay sbb bilik nyaman je. Tp lama2 bila mula tengok adik kesiannya sejuk bogel. Kejap2 kena ambil darah. Mama da mula stress..

Second day, makin tinggi dr 16 ke 18..aduhh..lagi bertambah stress bila ibu pun kena check jahitan. Dan silap jahitan hospital melaka buat. Kena bukak semula dan jahit balik. Bayangkan la da 1 week kot nak baik da..mmg terus benci dengan hospital melaka. Maaf tapi mmg teruk servis anda bahagian LR. Menangis gigit selimut weh jahit balik. Kuat kan semangat semula, lepas call mak, suami dan doctor misi hospital kota tinggi baik2.lemah lembut. 

3rd day warded, aduh rasa nak membuang pulak. Mcm mana ni. Baru lepas jahit. Terpaksa suruh mak beli ubat lembut najis. Itu pun menangis2 dlm toilet. Nak lambat2 sgt tak bole risau adik sorg2 (masing alone kat ward jaundice). Tahan je dlu tak berry.

4th day, Dua org ibu2 dan babynya warded. Yeah, dah ada geng. tkde la sorg2 je. Masa ni ubat lembut najis dah bg kerjasama. Akhirnya selesai. 

Sebabkan kita dah ada pengalaman dua hari pam susu dan menyusu baby. So kalini kita ajar pulak ibu2 lain. Set alarm masing2, tukar2 giliran jaga baby bila masin2 nak ke toilet. Gigih sama2 buat. Bagi baby susu.

5th day warded, sampai adik dah jadi kak long ward jaundice. Paling lama warded. Tapi akhirnya adik dgn dua ibu dan baby yg baru masuk diacharged. Semua bersorak. Yeahh..tak sabar nak balik.

Adik mudah jaga, tidur mudah..menyusu mudah..tak mudah meragam..dia cuma nak susu ikut timing je sbb dah biasa kat ward 2jam sekali menyusu. Mudah2an adik sentiasa baik dan sihat. Aminn.. Sekarang adik dah masuk 3bulan.. Tp pengalaman ni takkan mama lupa. 






Part 2 - Journey UMRAH (Madinah)

 Part 2 selingan dari part 1, tak banyak sy ambil gambar. Entah kenapa sy pun pelik bila balik Malaysia tak banyak tempat sy bergambar. Insy...